Jam dah pukul
7.50 pagi. Dirinya baru sahaja siap betulkan shawl. Sekali imbas dari kepala ke
hujung jubah. OK. Done! Cepat-cepat
dia tutup pintu bilik yang dah nak rosak dek selalu dihempas. Kakinya
berlari-lari anak dari tingkat 5 menuju ke ruang parkir kereta di tingkat
bawah. Dipanaskan enjin kereta ala kadar. Cukup cukup 1 minit sambil
mengoleskan pelembab bibir, dia menekan pedal minyak. Sempat ke tidak ni? Kena
sempat kan juga cari parking dan bergegas ke mesin punch card.
Memang dia
sengaja cari rumah sewa yang dekat dengan pejabat. Sebagai persediaan hari-hari
macam ini lah. Hari bila dia terlewat bangun dan tak sempat bersiap sepenuhnya.
Biarpun mahal sikit sewa berbanding kawasan lain, Bukit Saujana adalah pilihan
yang tepat bagi orang yang suka lambat pergi kerja, eh, punch card tepat pukul
8 dan sampai rumah secepat mungkin lepas habis kerja pukul 5 petang.
Ahh.. Hospital.
Kenapa dia sengaja pilih tempat ni? Lebih tepat lagi kota Johor Bahru yang mati
melainkan Bazaar Karat. Itu pun sejak 5 minggu dia di sini, belum pernah
sekalipun dia menjejakkan kaki ke Bazaar Karat. Walhal dulu bila dengar
perkataan Bazaar Karat je dia melompat nak pergi walaupun sudah lewat malam.
Kota ini begitu
signifikan dalam kehidupannya. Walaupun dia tidak membesar di Johor Bahru, tapi
seseorang yang tak kurang penting baginya telah lahir dan membesar di sini. Dia
fikirkan dia ingin mengutip semula memori yang masih bersisa dan cuba campak
jauh-jauh supaya dia dapat mulakan kehidupan baru.
Dah setahun pun.
Sejak kali terakhir dia berhubung dengan Alif. Dia masih ingat malam itu mereka
sedang galak berbalas mesej. Sedikit pun tidak dia tahu selepas itu ia akan
menjadi sebuah penantian selama 10 hari untuk dia akhirnya mengetahui kebenaran
yang Alif telah pergi meninggalkannya. Alif bukan sahaja meninggalkan dirinya
seorang, Alif meninggalkan dunia dan seluruh isinya. Manakala dunia Raudhah
gelap sepanjang tahun yang mendatang itu.
‘Miss
Raudhah, hari ni apa aktiviti kami?”
Pertanyaan
pelajar menghentikan lamunan Raudhah. Dia sebenarnya belum rancang apa-apa
aktiviti untuk pelajar. Clerk case jer lah kot. Itu yang dia mampu. Pelajarnya
belum diberi keizinan lagi untuk melakukan apa-apa pengurusan diet pesakit.
Jadi dia kena berfikir pantas sebelum pelajar sedar dia tiada apa-apa plan.
“Clerk
case. Kejap saya tanya Dietitian, apa case yang kita dapat hari ni.”
Pelajar
mengangguk. Mereka mengharapkan nya untuk membantu mereka di sini. Terlihat
sinar harapan di mata 4 orang pelajar itu. Raudhah menghampiri meja setiap
Dietitian yang ada. Dapat 1 atau 2 kes pun jadi lah. Cukuplah bagi mereka untuk
belajar sesuatu daripada tiada langsung. Jadi, lepas ni naik wad, lepas tu
tengok pesakit, lepas tu terus ke perpustakaan hospital. Tempat mereka
berkampung selama 2 bulan lebih. Hiking lagi
hari ini.
Hari
ini hari apa ya? Ah… Hari Ahad. Dia masih dalam mod penyesuaian kepada
pertukaran hari cuti hujung minggu di Johor. Kalau hari Ahad, disebabkan
private cuti, jadi ramailah pelawat yang datang melawat pesakit. Jadi hari ini
pelajarnya tak boleh lambat sangat buat kerja. Menjelang pukul 12 je dah ramai
dah pelawat masuk wad.
Dia
dah bagi awal-awal kepada pelajar, diagnosis pesakit. Dengan harapan pelajar
lebih bersedia dan tahu apa nak buat bila naik wad. Pelajar ini kadang-kadang
dah bagi awal pun, kelam kabutnya lebih. Benda yang dah belajar bertahun pun
boleh blank terus bila tengok muka
pesakit. Padahal pesakit biasa je. Pelajar yang kalut lebih.
Raudhah
rasa kasihan kepada pelajar. Dia pernah merasai bagaimana menjadi pelajar
praktikal Dietetik selama setahun dulu masa belajar. Format program Ijazah
Sains (Dietetik) di UPM, hanya 3 tahun penuh di universiti. Tahun akhir ialah
tahun praktikal sepenuhnya. Dia dapat pergi merata Malaysia dan merasa latihan di
beberapa negeri. Antaranya Hospital Serdang, Hospital Sultanah Zahirah Kuala
Terengganu, Hospital Raja Perempuan Zainab, Hospital Sultanah Bahiyah, dan juga
Hospital Sungai Buloh.
Selama
setahun tu dia dapat merasa percikan kerjaya seorang Pegawai Dietetik di
hospital. Bukan tak pernah dia putus asa, semuanya gara-gara hilang keyakinan
dengan kemampuan diri. Raudhah bukanlah pelajar cemerlang. Tapi dia paling suka
belajar menerusi pemerhatian. Memerhatikan tingkah Pegawai Dietetik dan gerak
bicara mereka bila menguruskan pesakit. Dia kagum dengan keyakinan mereka. Tapi
mengapa dia tidak yakin?
Pensyarah
nya di UPM pernah bertanya adakah dia mahu menjadi seorang Dietitian? Dia hampir menjerit mengatakan mahu. Tapi kenapa
markahnya merudum? Tidak sehebat kawan sekelas yang lain? Raudhah tak mahu
kalah. Dia akan buktikan yang dia mampu. Dia kena buktikan yang dia bukan
seorang yang buat kerja separuh jalan seperti anggapan seorang pensyarah yang
lain.
Hari
ini dia berjaya. Dia bekerja sebagai seorang Pegawai Dietetik di UiTM. Bertugas
di UiTM merupakan kerjaya yang sangat mencabar. Dalam setahun, dia perlu berada
di beberapa tempat untuk mengendalikan latihan pelajar, antaranya seperti
sekarang. Dia berada di kota Johor Bahru ini untuk membantu pelajar tahun akhir
menjalani latihan klinikal. Itulah tugas penting nya; Clinical Instructor a.k.a CI.